Sebentar tadi, bertempat di Stadium Melawati Shah Alam, Maharaja Lawak Mega 2013 telah melabuhkan tirainya dalam sebuah acara gilang-gemilang yang dibanjiri lebih lima ribu penonton.
Dengan mengangkat tema bebas dan muzikal, program yang dinanti setiap Jumaat itu menampilkan lima finalis terdiri daripada Sepahtu, Nabil, Shiro, Jambu dan Bocey.
Setelah 13 minggu berentap, seperti yang dijangkakan, akhirnya Sepahtu telah dinobatkan sebagai juara sekaligus menggondol hadiah lumayan berupa wang tunai sebanyak RM500,000, beserta trofi.
Sementara itu, tempat kedua disandang oleh Shiro yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM250,000 beserta trofi. Manakala, Wang tunai sebanyak RM150,000 serta sebuah trofi pula menjadi milik Bocey yang diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga.
Pemenang tempat ke empat dan kelima iaitu Jambu dan Nabil tidak pulang dengan tangan kosong, masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 dan RM15,000 beserta trofi.
Untuk pengetahuan semua, trofi Man of The Match pula dimenangi oleh kumpulan Bocey yang mendapat undian terbnyak oleh penonton melalui laman web sinar.fm.
Program lawak realiti televisyen itu diacarakan oleh Datuk AC Mizal dan menampilkan empat juri jemputan yang terdiri daripada Datuk Yusof Haslam, Luna Maya, Nora Danish dan Sheikh Haiqal.
Kata kunci carian :
- Juara Maharaja Lawak Mega 2013
- Sepahtu Juara Maharaja Lawak Mega 2013
- Pemenang MLM 2013
- siapa juara maharaja lawak mega 2013