Popular

Tuesday, 6 August 2013



Kenapa tidak dijadikan iktibar yang sudah berlaku sehari dua ini,ibu bapa cuai sangat,lebih-lebih lg ketika rakyat malaysia memenuhi pasar raya,pusat membeli belah untuk membeli persiapan raya....
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama anggota jemaah menteri akan mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri, di Kompleks Seri Perdana pada raya pertama, mulai 10.30 pagi hingga 4 petang. 

Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri, orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan majlis itu dan bagi memastikan kelancaran trafik orang ramai diminta mengunakan perkhidmatan bas Nadi Putra yang disediakan percuma. 




Perkhidmatan bas akan beroperasi bermula 9 pagi hingga 5.30 petang dari tiga lokasi iaitu Putrajaya Sentral, Laman Perdana 1Malaysia dan Masjid Putra. 
Berseri pada hari lebaran
Solekan ringkas, semula jadi sudah dapat menonjolkan kesan penampilan

Bermula hari pertama berpuasa hinggalah tiba hari lebaran, wanita adalah antara yang sangat sibuk dengan jadual harian seperti tidak berpenghujung.

Bagi mereka, peruntukan masa 24 jam sehari seakan tidak mencukupi untuk menyelesaikan semua perkara yang perlu dilakukan.

Monday, 5 August 2013


Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang digantung, Tan Sri Annuar Musa menganggap tindakan pelbagai pihak yang menuntut supaya ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal dipecat adalah tidak tepat pada masanya.


Kerajaan Kelantan mengumumkan Ahad ini sebagai cuti peristiwa bagi negeri ini sempena Aidilfitri. 

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, berkata 11 Ogos dipersetujui sebagai hari pelepasan am bagi Kelantan untuk membolehkan rakyat negeri ini menyambut lebaran dengan selesa dan selamat bersama keluarga. 
Kerajaan digesa bertindak terhadap penyanyi rap kontroversi, Wee Meng Chee atau Namawee kerana menggunakan kata-kata kesat terhadap tindakan kerajaan menangguhkan tayangan filem The New Village.

Dalam video yang dimuat naik ke laman YouTube, baru-baru ini, Namawee juga memaki hamun beberapa pihak, termasuk badan bukan kerajaan yang membantah filem itu.


Sekumpulan Lelaki Berpakaian Hitam Nak ‘Ambil’ Istana Negara Ditahan

Lebih kurang jam 4.10 pagi tadi, sekumpulan individu telah berhimpun di hadapan pintu 1 Istana Negara Kuala Lumpur.
FotoSeramai 15 tok batin beragama Islam di Johor menerima elaun bulanan RM600 setiap seorang sempena Program Tautan Kasih Tok Batin dan Pengawai Unit Ukhwah di Hotel Seri Malaysia, Mersing, Johor, baru-baru ini.

Sumbangan itu disampaikan Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama Johor (JAJ), Ramli Jusoh yang mewakili Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Mutalip Abdul Rahim selepas merasmikan program itu. 


Ramli berkata, program dan elaun itu dapat memberikan motivasi kepada tok batin dan keluarga yang menyertai program itu sempena menyambut Ramadan.

Reaksinya ragu-ragu. Sesekali tunduk ke bawah dan berperang dalam minda: “Apakah aku membuat keputusan yang betul dengan memberitahu masalah paling memalukan ini?”

Hingga si doktor memegang paha dan memberikan motivasi yang masalah itu adalah normal dan berlaku pada seorang lelaki dalam kelompok 1,000 yang lain, barulah nafas lega ditarik.

Faktanya, teknologi sains dan perubatan moden sudah mampu membuktikan yang virus AIDS sekalipun sudah ada penawarnya. Mengapa pula si pembunuh alat sulit lelaki ini pula akhirnya jalan buntu?
Bagaimana nak kurangkan peluh? Malu sebab mata orang akan tertumpu pada bahagian berpeluh terutamanya kalau ketiak sudah lencun dulu. Lebih takut kebanyakan mereka yang berfikiran kononnya kita tidak bersih,” kata seorang gadis yang bertahun-tahun bertanyakan soalan sama.
Sekilas fakta berkenaan peluh, ia berasal daripada darah dan mengandungi air serta natrium klorida. Air peluh ialah salah satu bahan kumuhan yang dikeluarkan oleh tubuh. Ia berfungsi sebagai medium yang menyejukkan tubuh, membantu dalam pengawalan suhu tubuh badan dan mengimbangi air dan letrolit tubuh. 
Perpeluhan terbahagi kepada dua bahagian iaitu perpeluhan tidak sedar - yang mana peluh sentiasa dihasilkan tapi pada masa rehat, peluh ini akan disejat dengan cepat dan tidak begitu nyata.
Puasa adalah satu ibadah yang menyihatkan dan membantu menurunkan paras kolesterol dan berat badan. Amat malang jika sepanjang Syawal nanti kita makan berlebihan dan tidak terkawal kerana menghadiri rumah terbuka dan majlis sambutan hari raya.

Sebagaimana firman Allah, dalam surah Al-A’Raf, ayat 31: “Makanlah dan minumlah, janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka orang yang (makan dan minum) secara berlebihan-lebihan.”
Segala faedah kesihatan yang diperoleh ketika berpuasa akan hilang dan sia-sia. Oleh itu amat penting kita makan secara sihat sepanjang kita menyambut Aidilfitri nanti. Pemakanan sihat amat penting dan pemilihan karbohidrat sihat adalah cara yang baik untuk kita makan secara sihat.
Foto


Raya tahun ini disambut dengan rasa sedih oleh keluarga kami kerana kejadian yang menimpa adik ipar,” kata kakak ipar kepada Badariah Hussin, 44, yang mati selepas ditikam sebanyak empat kali dalam kejadian di Sunway Batu Caves, di sini, kelmarin.
FotoLG Electronics memperkenalkan pencetak foto kompak, PD233 Pocket Photo yang menghasilkan cetakan bersaiz 2 x 3 inci.

Pengguna hanya menghantar foto yang ingin dicetak secara tanpa wayar menggunakan aplikasi apabila pencetak ini hanya memerlukan sambungan bluetooth atau NFC dan sesuai bagi semua sistem operasi termasuk Android serta iOS.

Sunday, 4 August 2013

Danone Dumex (Malaysia) Sdn Bhd (Danone Dumex) menarik balik keluaran terhad Dumex Dupro, Mamex Cherish, Mamex Explore dan Bebelac sebagai langkah berjaga-jaga.
Danone Dumex, dalam kenyataan di sini semalam, berkata, Fonterra memaklumkan Danone Dumex Malaysia bahawa satu daripada ramuan mereka mempunyai potensi isu kualiti.

“Keselamatan pengguna keutamaan utama kami. Tiada produk yang diuji dan dijual di Malaysia
 Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dilaporkan hilang selepas disyaki dilarikan teman lelaki ibunya ditemui semula dalam keadaan selamat di sini pagi tadi.
Mangsa, Wan Aisyah Wan Exzam diserahkan kepada polis oleh ibu kepada teman lelaki ibu mangsa kira-kira jam 11.30 pagi di Balai Polis Sungai Nibong. 
Minum susu dan elak tulang rapuh? Berapa rama yang suka minum susu terutama wanita yang mencapai usia menopaus?

Ramai penduduk Asia dan kebanyakan rakyat Malaysia tidak gemar minum susu. Jadi, alternatif pengganti susu perlu dicari.

Kajian yang dijalankan bagi menggantikan susu mendapati tempe - makanan tradisional yang diperbuat daripada kacang soya yang ditapai bukan saja setanding susu malah mempunyai isoflavon - sejenis antioksidan bagi awet muda.


Kumpulan penyelidik yang diketuai oleh pensyarah Jabatan Nutrisi dan Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Suzana Shahar.
Tiada panggilan saat akhir pemain akan dibuat untuk menyertai kem latihan skuad hoki kebangsaan bagi menghadapi Piala Asia 2013 di Ipoh, Perak pada 24 Ogos ini.

Itu keputusan pengurus pasukan, George Koshy meskipun kem latihan kini kekurangan satu pemain selepas kehilangan mendiang Chua Boon Huat akibat kemalangan maut pada Khamis lalu.

Kata George, pengganti mendiang Boon Huat untuk posisi serangan akan dipilih menerusi 25 pemain yang ada ketika ini.

Pelakon tahun 1980-an Rosnah Mohd. Noor meninggal dunia kerana menghidap penyakit barah tulang pada usia 54 tahun di Wad Onkologi, Hospital Kuala Lumpur kira-kira pada pukul 2.30 petang tadi.


Menurut adik Allahyarham, Mohd. Azhar Mohd. Noor, 48, pelakon yang merupakan anak ketiga dalam sembilan beradik itu pada mulanya hanya menghidap kanser payu dara sahaja sebelum merebak ke barah tulang.