Popular

Monday, 5 August 2013

Tuntutan pecat Raja tak tepat pada masanya


Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang digantung, Tan Sri Annuar Musa menganggap tindakan pelbagai pihak yang menuntut supaya ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal dipecat adalah tidak tepat pada masanya.


Beliau berkata, kesalahan tidak boleh diletakkan di bahu Rajagobal semata-mata di atas kemerosotan skuad kebangsaan kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut bertanggungjawab.

“Pada hakikatnya tugas utama dalam membangunkan bola sepak negara adalah tanggungjawab FAM kerana jurulatih hanya mengikut acuan yang ditetapkan badan induk itu.

"Kemerosotan skuad kebangsaan kerana tiada usaha untuk melakukan perubahan dalam bola sepak negara,” katanya ketika ditemui pada Majlis Iftar Ramadan The Red Warriors (TRW) bersama media di Holiday Villa, di sini, kelmarin.

Sebelum ini, pelbagai pihak menganggap jurulatih itu wajar dipecat kerana sepanjang 13 perlawanan tahun ini, Harimau Malaya hanya menang dua kali, seri sekali dan tewas 10 kali termasuk tiga kekalahan dalam aksi persahabatan dengan kelab Jepun, Shimizu S-Pulse 2-0, Shonan Bellmare 5-0 dan Tokyo Verdy 5-0.

Annuar berkata, bola sepak Malaysia boleh dimajukan dan mampu berada pada ranking bawah 100 dunia, tetapi memerlukan perancangan pembangunan masa depan yang baik dan berkesan.

incoming terms :

  • Datuk K Rajagobal dipecat
  • tuntutan pecat Datuk K Rajagobal
  • ketua jurulatih skuad kebangsaan
  • Tuntutan pecat Raja tak tepat