Popular

Monday, 5 August 2013

Doktor, saya mati.....

Reaksinya ragu-ragu. Sesekali tunduk ke bawah dan berperang dalam minda: “Apakah aku membuat keputusan yang betul dengan memberitahu masalah paling memalukan ini?”

Hingga si doktor memegang paha dan memberikan motivasi yang masalah itu adalah normal dan berlaku pada seorang lelaki dalam kelompok 1,000 yang lain, barulah nafas lega ditarik.

Faktanya, teknologi sains dan perubatan moden sudah mampu membuktikan yang virus AIDS sekalipun sudah ada penawarnya. Mengapa pula si pembunuh alat sulit lelaki ini pula akhirnya jalan buntu?

Isu tiada ereksi atau kasarnya ‘mati pucuk’ adalah sesuatu yang jarang sekali dibincangkan kerana masyarakat berasakan ia terlalu peribadi untuk disembangkan secara terbuka tapi perlu diketahui, penyakit ini makin banyak berlaku dan jika ia terus dianggap taboo, penyelesaiannya tiada.

Paling ditakuti, peratusan berdasarkan penyelidikan ada menyebut golongan muda juga mudah terdedah kepada masalah ini dan bagaimana jika ia berterusan tanpa dikongsikan kepada umum?

Generasi hari ini lebih berani mengambil keputusan untuk berkahwin pada usia muda. Jika dilihat pada senario budaya masyarakat kita, begitu ramai pasangan suami isteri muda yang sudah yakin untuk membina keluarga bersama.

Bertitik-tolak pada rasa cinta monyet dan kemudiannya berjanji untuk sehidup semati, pihak Jabatan Agama Islam sendiri mengakui anak muda sudah ramai mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dan itu petanda baik bagi mengelakkan maksiat.

Namun perlu ingat, ramai juga anak muda ‘berjangkit’ dan ia akan menyebabkan generasi hari ini terganggu. Perhatian buat lelaki muda yang sudah pun berkahwin, ini realiti dan perlu dibasmi.

Justeru Gen.Y kali ini dengan terbuka ingin berkongsi punca, keadaan dan penyelesaian kepada masalah ini sebelum menjadi satu beban kepada kita di hari mendatang. Paling penting untuk diketahui adalah tanda awal sebelum menyerang.

Ini adalah ilmu yang terpaksa kita terokai, kongsi dan kuasai sebagaimana ilmu-ilmu lain yang perlu ketahui. Bukannya masalah dalam seluar ini diutarakan dengan pembesar suara sebaliknya cukuplah sekadar coretan ini dijadikan material yang membantu untuk sama-sama kita buka mata akan kemungkinannya.

Apa itu ereksi dan mengapa lelaki boleh gagal mendapatnya? Ada banyak sebab tapi yang jelas itu adalah petanda tidak sihat. Ereksi atau ketegangan pada alat sulit khususnya lelaki berlaku jika darah memasuki ruang kemaluan itu dengan mencukupi.

Ini bermakna saluran darah mestilah tidak terganggu atau tersumbat. Alat sulit akan membesar dan menegang apabila sepasang tisu korpus kavernosum pada alat kelamin itu terisi dengan darah.

Tahukah anda, pembentukan plak dan lemak akibat pertambahan kolesterol di dalam badan mampu menyekat saluran darah. Oleh kerana saluran darah zakar lebih kecil berbanding pada bahagian lain tubuh, tanda awal kepada masalah kesihatan kardiovaskular ditunjukkan oleh tahap ereksi.

Terdapat empat tahap ereksi iaitu mati pucuk teruk, mati pucuk sederhana, ereksi separa optimum dan ereksi optimum. Tahap tiga dan empat saja mampu melakukan penetrasi dan menjayakan hubungan seksual.

Apa yang menyebabkan ini terjadi? Apakah kerana usia? Bukan, bukan itu sebabnya. Usia tidak mempunyai kaitan dengan tahap ereksi seseorang lelaki. Buktinya, orang tua yang menghampiri 100 tahun pun masih ada nafsu untuk berkahwin lagi.

Orang tua melepasi 70 tahun pun masih menjadi perogol dan terangsang melihat wanita seksi. Tetapi tidak pula bermakna jika orang muda tidak terasa apa-apa sewaktu melihat wanita seksi sebagai lemah tenaga batin, ia mungkin disebabkan kefahaman agamanya tinggi, lantas nafsu syahwatnya dapat dididik.

Tanda-tanda yang membawa seseorang lelaki kepada masalah ini termasuklah apabila ‘si dia’ langsung tidak mampu menegang. Ia adalah jenis mati pucuk yang gawat dan biasanya berlaku pada kadar satu dalam 100 lelaki. Ia mati pucuk yang paling ditakuti lelaki namun masih punya penyelesaiannya jika lekas merujuk pada doktor pakar.

‘Si dia’ lembik dan tidak berupaya untuk menjalankan tanggungjawab seorang lelaki. Mani keluar sebelum senggama. Ia adalah jenis mati pucuk yang mendukacitakan. Ia biasa diubati dan mungkin boleh berpunca daripada amalan pemakanan serta kesan psikologi dan penyakit tua.

‘Si dia’ tegang tapi tidak boleh memancutkan mani. Ia juga termasuk mati pucuk, bukan tanda lelaki itu kuat tenaga batin. Lelaki terpaksa berhenti senggama kerana keletihan dan kejerihan.

‘Si dia’ tidak tegang seperti biasa. Ia juga adalah jenis mati pucuk. Ada yang menggelarnya sebagai lemah syahwat atau lemah tenaga batin. Jenis ini akan dihadapi oleh semua lelaki.

Lelaki boleh mengalami sakit ini tanpa mengira usia. Jadi kepada anda, jangan terlalu selesa kerana memikirkan masalah ini hanya berlaku pada lelaki berusia. Masalah ini boleh dibahagikan kepada dua faktor utama iaitu pertamanya faktor psikologi.

Stres atau tertekan, kepenatan kerja atau terlalu risaukan sesuatu perkara boleh mengganggu fikiran. Fikiran terganggu yang tidak ditangani dengan baik boleh menyebabkan kemurungan dan hilang semangat.

Keadaan ini boleh menjejaskan fungsi ereksi yang menyebabkan mati pucuk secara sementara. Lelaki mati pucuk akibat faktor psikologi masih boleh mengeraskan ‘si dia’ sewaktu tidur nyenyak. Keadaan ini dipanggil ‘involuntary erection’ atau ‘nocturnal erection’. Kebiasaan ia akan berlaku secara tidak sengaja pada waktu pagi antara jam tiga hingga enam pagi.

Keduanya yang membawa kepada masalah ini adalah faktor fizikal. Alat sulit yang gagal berfungsi akibat faktor fizikal biasanya tidak akan mengeras secara tidak sengaja sewaktu bangun pagi.

Ini memberi petanda ada sesuatu tidak kena pada tubuh lelaki. Keadaan macam ini mesti dikenal pasti puncanya. Berjumpa dengan doktor atau pengamal perubatan alternatif yang diiktiraf boleh membantu mengenal pasti punca dan memberikan rawatan yang bersesuaian.

Pesakit boleh mendapat kesan sampingan seperti sakit kepala yang teruk, pening, rasa panas dan penglihatan menjadi kebiru-biruan jika mengambil apa-apa rawatan tanpa arahan doktor.

Ini biasanya terjadi akibat terambil bahan yang kononnya 100 peratus herba tapi sudah dicampur dengan dadah. Selain itu, antara faktor fizikal yang biasa adalah kerosakan pada sistem saraf akibat kemalangan, pembedahan dan komplikasi penyakit seperti diabetes.

Kerosakan pada salur darah akibat penyumbatan plak lemak dan kolesterol serta komplikasi penyakit diabetes dan tekanan darah tinggi yang tidak dikawal dengan baik juga boleh membawa kepada masalah mengerikan ini.

Paras hormon testosteron yang rendah dan kesan sampingan ubat-ubatan kimia juga antara faktor yang akan menjerat kebanyakan lelaki kepada virus paling ditakuti ini.

Walaupun virus ini tidak membawa maut, mengikut kajian, seseorang yang mengalami mati pucuk berisiko tinggi mendapat serangan penyakit yang boleh membawa maut iaitu serangan jantung dan strok dalam masa tiga hingga lima tahun.

Oleh sebab itu lelaki dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan lanjut di hospital bagi menangani masalah ini sebelum ia datang menyerang.


Tips sihat

1. Berusaha sihat


Sihat dari aspek mental, fizikal dan spiritual, luar dan dalam. Andainya ketiga-tiga unsur ini berada pada paras yang baik, ereksi akan mengambil tempat dengan sendirinya. Jadi, rawatan pertama pada masalah ini ialah sihatkan dulu keseluruhan diri anda. Orang demam memanglah tiada nafsu, contoh mudah, bukan? Jadi, lakukan senaman paling tidak tiga kali dalam seminggu.


2. Bermain imaginasi

Bolehkah anda bermain imaginasi dulu sewaktu hendak bersama? Bolehkah anda bayangkan pasangan sewaktu mudanya dulu, sewaktu pertama kali anda melihatnya lalu jatuh cinta dan juga terangsang apabila mengangan-angankannya? Latih diri berimaginasi tinggi serupa ini sambil meminta pasangan anda itu memainkan peranannya pula seperti merawat wajah, tubuh, penampilan agar anda kagum kepadanya sentiasa. Buku ‘Membina Imaginasi Cemerlang’ boleh membantu.


3. 3E Best

Menyapu minyak ini ke seluruh badan akan membantu tubuh kembali pada asal. Tiada jaminan ini akan terjadi, tetapi tidak salah mencuba. 3E Best adalah formulasi seribu satu kegunaan yang telah merealisasikan impian ramai orang. Siapa tahu masalah ereksi anda di sinilah jawapannya. Selamat berprestasi cemerlang agar hari-hari yang mendatang bukan lagi ketakutan

incoming terms :
  • masalah mati pucuk
  • bagaimana cara merawat mati pucuk
  • tanda-tanda mati pucuk
  • sebab terjadinya mati pucuk
  • tip mengatasi mati pucuk
  • cara merawat mati pucuk
  • kenapa mati pucuk boleh berlaku