Popular

Monday, 5 August 2013

Tok batin azam tingkat syiar Islam

FotoSeramai 15 tok batin beragama Islam di Johor menerima elaun bulanan RM600 setiap seorang sempena Program Tautan Kasih Tok Batin dan Pengawai Unit Ukhwah di Hotel Seri Malaysia, Mersing, Johor, baru-baru ini.

Sumbangan itu disampaikan Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama Johor (JAJ), Ramli Jusoh yang mewakili Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Mutalip Abdul Rahim selepas merasmikan program itu. 


Ramli berkata, program dan elaun itu dapat memberikan motivasi kepada tok batin dan keluarga yang menyertai program itu sempena menyambut Ramadan.



“Peranan tok batin dalam menyebarkan Islam di perkampungan masing-masing amat penting. Mereka digalak menggunakan kemudahan asas termasuk masjid dan surau untuk program keagamaan.

RAMLI menyampaikan elaun dan cenderamata kepada tok batin.

“Dengan menyertai program itu, mereka dapat menambah pengetahuan yang diperoleh sebagai panduan,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Johor, Aziz Ngah dan Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Cawangan Khas Jabatan Agama Islam Malaysia, Mohd Chathazman Abdullah.

Program selama dua hari itu anjuran Unit Ukhwah Bahagian Dakwah JAJ bertujuan memperkukuhkan hubungan antara pegawai JAJ dengan tok batin.

Penyelaras Program, Mohd Rafi Abd Latif berkata, program itu sebagai tanda keprihatinan kerajaan Johor terhadap tok batin yang beragama Islam melalui Majlis Agama Islam Johor (MAIJ).

“Seramai 50 peserta termasuk tok batin serta isteri masing-masing dan Pegawai Unit Ukhwah (Orang Asli) JAJ di seluruh Johor menyertai program berkenaan.

“Di Johor saja, kira-kira 20 tok batin beragama Islam layak menerima elaun bulanan sebanyak RM100 setiap seorang, dibayar setiap pertengahan tahun dan penghujung tahun oleh MAIJ sebagai menghargai sumbangan tok batin berkenaan,” ujarnya.

Beberapa tok batin yang menyertai program berkenaan berterima kasih kepada kerajaan kerana menyampaikan sumbangan berupa elaun bagi membolehkan mereka menyambut Ramadan dan Aidilfitri dengan penuh ceria bersama anak buah di perkampungan.

Tok Batin Perkampu­ngan Orang Asli Tanah Abang, Ulu Sungai Endau, Awang Wahab berkata, dia gembira menerima elaun itu bagi membolehkannya menyambut Ramadan dan membuat persiapan Aidilfitri.

Bagi Tok Batin Perkampungan Orang Asli Tanjung Tuan, Mohd Nor Yusof, sebahagian elaun yang diterima akan disimpan di bank, selain membuat persiapan Aidilfitri.
“Elaun ini akan dijadikan motivasi untuk meningkat­kan syiar Islam di perkampungan kami,” katanya.
source MyMetro
incoming terms :
  • syiar islam
  • tok batin azam tingkat syiar islam
  • perjuangan tok batin