Popular

Monday, 5 August 2013

Lagi kes bunuh di Sunway Batu Caves,1 tusukan di jantung

Foto


Raya tahun ini disambut dengan rasa sedih oleh keluarga kami kerana kejadian yang menimpa adik ipar,” kata kakak ipar kepada Badariah Hussin, 44, yang mati selepas ditikam sebanyak empat kali dalam kejadian di Sunway Batu Caves, di sini, kelmarin.


Wanita berusia 50-an itu yang enggan dikenali berkata, sepatutnya mangsa yang bekerja di hotel di Genting Highlands itu pulang beraya di Lanchang, Pahang sebelum ditemui mati di dalam bilik sewanya kira-kira jam 5 petang.


“Hasil bedah siasat mendapati adik ipar saya menerima empat tikaman di bahagian badan termasuk masing-masing satu di paha dan jantung serta dua di hati.

“Saya tidak menyangka kejadian sebegini dialami adik ipar kerana dia seorang yang baik dan tidak pernah ada masalah dengan sesiapa terutama ahli keluarga,” katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur di sini, semalam.

UNIT Forensik memasuki bilik mangsa bagi melakukan pemeriksaan, semalam.

Menurutnya, adik iparnya mempunyai teman lelaki dan setakat ini dia tidak mempunyai masalah dalam perhubungan cinta.

incoming term :
  • Kejadian bunuh di batu caves
  • mati dibunuh di batu caves
  • mati ditikam di batu caves
  • pembunuh upahan berleluasan