
Itu keputusan pengurus pasukan, George Koshy meskipun kem latihan kini kekurangan satu pemain selepas kehilangan mendiang Chua Boon Huat akibat kemalangan maut pada Khamis lalu.
Kata George, pengganti mendiang Boon Huat untuk posisi serangan akan dipilih menerusi 25 pemain yang ada ketika ini.
Namun, George tetap mengakui bukan satu tugas mudah untuk mendapatkan pengganti yang mempunyai keupayaan sama seperti mendiang.
"Kami kini dalam tempoh yang amat kritikal untuk menghadapi Piala Asia dan tiada masa untuk memanggil pemain baharu bagi melengkapkan 26 pemain dalam kem latihan.
"Saya berpendapat pemain yang ada sudah cukup bagus dan cergas untuk dipilih menyertai Piala Asia namun masih belum pasti siapa yang bakal menggantikan mendiang di posisi serangan," kata George.
Boon Huat meninggal dunia pada usia 33 tahun dalam kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Damansara-Puchong, awal pagi Khamis lalu.
Majlis penghormatan terakhir buat mendiang akan diadakan pada hari ini di kediaman keluarga mendiang di Semabok, Melaka.
Sementara itu, George berharap pemain yang ada tidak hilang semangat selepas kehilangan mendiang yang juga rakan sepasukan mereka.
"Mereka perlu menghadapi Piala Asia selepas ini dan mereka perlu melupakan seketika kesedihan ini.
"Bagi saya cara terbaik untuk memperingati mendiang adalah dengan menghadiahkan kemenangan pada Piala Asia nanti," kata George.
Source : Utusan Online
Incoming terms :
- perlawanan hoki 2013
- Piala Asia 2013 hoki
- mendiang Boon Huat
- pemain hoki meninggal dunia