
Dalam video yang dimuat naik ke laman YouTube, baru-baru ini, Namawee juga memaki hamun beberapa pihak, termasuk badan bukan kerajaan yang membantah filem itu.
Exco Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan (gambar), berkata Namawee yang mencetuskan provokasi diibaratkan seperti kudis yang akan bertukar menjadi barah dan wabak yang boleh menular dalam masyarakat.
Saya tidak nampak lagi keperluan untuk dia didesak menuntut maaf.. ambil saja tindakan terus tanpa kompromi. Kalau dibiarkan, dia pasti akan bersikap lebih kurang ajar, sebab itu sekarang ini kita kena ajar dia (dengan undang-undang).
“Ini akan menjadi ikutan anak muda Tionghua di Malaysia sekiranya tiada tindakan tegas diambil. Tidak mustahil, kelakuan biadap Namawee ini akan berterusan.
“Kerajaan perlu serius menangani isu-isu yang di cetuskan oleh belia bermasalah seperti Namewee tanpa mengira agama atau bangsa,” katanya.
Timbalan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Abdul Rahman Abu Bakar, pula tindakan Namawee itu keterlaluan, biadap serta wajar dikenakan pengajaran yang setimpal.
Tak pernah serik
“Namawee tidak pernah serik dan menyesal dengan tindakannya, walaupun sebelum ini dia pernah meminta maaf dalam isu penghinaan terhadap bendera kebangsaan.
Saya tidak nampak lagi keperluan untuk dia didesak menuntut maaf.. ambil saja tindakan terus tanpa kompromi. Kalau dibiarkan, dia pasti akan bersikap lebih kurang ajar, sebab itu sekarang ini kita kena ajar dia (dengan undang-undang).
Kerajaan dan pihak berkuasa wajar gunakan sebaik mungkin undang-undang untuk bertindak terhadap manusia seperti Namawee itu," katanya pada sidang media di sini, semalam.
Beliau berkata, PERKASA juga tidak akan sesekali akan memaafkan penyanyi itu sekali pun dia menyesali segala perbuatan biadabnya selama ini.
Abdul Rahman turut menuntut Peguam Negara supaya menyegerakan tindakan pendakwaan terhadap Namawee berikutan sudah banyak laporan dan gesaan dibuat pelbagai pihak serta badan bukan kerajaan (NGO) sebelum ini.
Namewee dalam video terbarunya baru-baru ini berjudul 017 Double Standard dan berdurasi selama lima minit 23 saat, mempersoalkan tindakan kerajaan menggantung tayangan filem The New Village untuk dinilai semula Lembaga Penapisan Filem (LPF).
source Bharian
incoming terms :
- Namewee dalam video
- Kerajaan didesak hukum Namawee
- hukum Namawee guna kata kesat
- Wee Meng Chee atau Namawee
- penyanyi rap Wee Meng Chee atau Namawee