Berseri pada hari lebaran
Solekan ringkas, semula jadi sudah dapat menonjolkan kesan penampilan
Bermula hari pertama berpuasa hinggalah tiba hari lebaran, wanita adalah antara yang sangat sibuk dengan jadual harian seperti tidak berpenghujung.
Bagi mereka, peruntukan masa 24 jam sehari seakan tidak mencukupi untuk menyelesaikan semua perkara yang perlu dilakukan.
Bahkan, menjelang malam raya masih ramai yang bertungkus lumus melakukan persiapan terakhir sebelum menyambut 1 Syawal.
Situasi ini menyebabkan wajah mudah kelihatan lesu, tidak bermaya dan pucat. Justeru, apa gunanya jika persiapan dan baju raya dilakukan dengan sempurna, tetapi wajah sangat mendukacitakan dan tidak berseri.
Bak kata orang, biarlah wajah tampak bercahaya di pagi lebaran supaya tetamu yang datang juga berasa gembira. Oleh itu, luangkan sedikit masa untuk bersolek supaya wajah tidak nampak seperti hari-hari biasa.
Keserasian produk dan kulit wajah
Jurusolek bebas, Norasikin Yusup, berkata perkara penting sebelum melakukan solekan ialah mengenali produk apa yang sesuai dengan kulit muka supaya tidak mendatangkan kesan kemudian hari.
Katanya, kebanyakan orang tidak begitu menitikberatkan hal mengenai produk solekan apa yang sesuai untuk mereka. Bagi mereka, asalkan cantik dan berjenama sudah cukup sesuai untuk kulit mereka.
“Kena pandai pilih dan tahu sama ada ia sesuai untuk kulit normal, sensitif atau pun kering. Kebersihan juga mesti dititikberatkan seperti membersihkan berus yang sudah digunakan, tangan harus dicuci atau menukar span sudah beberapa kali digunakan.
“Jangan sesekali mencampur aduk dengan produk orang lain kerana tidak tahu, sama ada bersih atau tidak. Selain kelengkapan kebersihan, wajah adalah perkara paling utama sekali. Anda juga boleh lakukan penyental wajah dua kali seminggu, tetapi bagi kulit sensitif sekali seminggu sudah mencukupi,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Norasikin turut menasihatkan, jangan sesekali terpedaya dengan jualan mekap berjenama di pasar malam kerana bahannya tidak sama dengan jenama asli dan boleh memungkinkan kulit mengalami alahan teruk.
“Luarannya nampak sama dengan yang asli dan harganya jauh lebih rendah, tetapi percayalah ia boleh memberikan kesan negatif pada kulit muka hingga boleh meninggalkan parut,” katanya.
Tidak perlu keterlaluan
Mengenai solekan pada hari lebaran, Norasikin berkata kebiasaannya tidak perlu keterlaluan kerana rata-rata wanita kini mempunyai baju raya yang sangat cantik. Solekan yang mudah dan ringkas, tetapi dapat memberi kesan kepada penampilan sudah mencukupi.
“Bagi saya, warna semula jadi adalah warna yang selamat dan sesuai untuk semua jenis warna kulit wajah. Asalkan pandai memilih ton warna yang sesuai, tidak menjadi masalah bagi menggabungkan dengan pilihan baju raya anda,” katanya.
Katanya, ton juga berperanan penting memandangkan jika kulit wajah seseorang itu gelap, pemilihan bedak asas yang cerah, ia tidak akan menampakkan solekan itu semula jadi.
“Justeru, tips saya amat mudah iaitu gabungkan dua jenis bedak asas dengan warna yang berbeza supaya warna kulit menjadi lebih sekata dan semula jadi,” katanya.
Untuk melakukan solekan pada mata, letakkan sedikit bedak serbuk di bawah bahagian mata supaya warna tidak melekat dan selepas selesai, bedak itu diratakan.
Lukisan kening pula, baginya lebih mudah untuk melakukan lukisan kening terlebih awal supaya dapat mengukur jarak solekan pembayang mata supaya nampak lebih selari dan cantik.
Jelasnya lagi, antara tips untuk mendapatkan mata yang galak dan cantik, celak disapukan di garisan mata di atas supaya tidak nampak bulu mata terlalu jarak apabila menggunakan bulu mata palsu juga.
Bagi mereka yang inginkan wajah kelihatan kurus, boleh menyapu pemerah pipi daripada atas tulang pipi dan dibawa ke bawah dan sebaliknya.
“Solekan seterusnya adalah seperti biasa dan lakukan perkara yang betul supaya mekap tahan lebih lama dan tampak lebih gebu,” katanya.
INFO: Cara solekan sempurna:
1. Sapukan mekap asas dan bedak asas (cecair) ke seluruh wajah dan ratakan.
2. Sapukan bedak supaya warna menjadi lebih rata.
3. Lukis kening terlebih awal supaya dapat mengagak untuk melakukan solekan pembayang mata.
4. Sapukan pembayang mata dengan dua tona supaya mata nampak lebih galak. Warna kedua disapu sedikit di bahagian ‘socket’ mata atau tepi mata.
5. Sapukan celak di bawah mata dan sapukan juga sedikit pembayang mata agar lebih tahan lama.
6. Diikuti celak dan selepas itu pakaikan bulu mata palsu.
7. Sapukan pemerah pipi.
8. Sapukan gincu rawatan sebelum menyapu gincu untuk memastikan ia tahan lebih lama dan meratakan warna.
Terima kasih:
Jurusolek: Syikin Yusup
Pembantu: Aiydanielle
Model: Fareiza Isa
Baju: Haiza Qcha Collections
incoming terms :

- Teknik solekan ringkas
- cara bersolek dengan cantik
- belajar bersolek dengan menawan
- cara-cara artis bersolek
- solekan ringkas dan cantik